Khamis, 30 Ogos 2012

kU mEriNdUi Mu

Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdullilah hari ini ana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Inginku luahkan sesuatu.
Pinta yang ditaip dari hati ku yang semakin merinduimu... 
 Yang begitu merinduimu, 
 Wahai sang kekasih yang telah pergi dari ku...

Engkau yang sangat cantik, pemurah, baik hati & bersopan santun pada pandanganku itu,
Telah pun semakin samar-samar di dalam pandangan.

Ku masih ingat betapa sayunya hati kecilku ini untuk melepaskan kau pergi.

setiap malam aku selalu menangis mengingatkan mu Wahai Kekasih.. 
Kadang kala aku terpikir, betapa bodohnya diriku tak hargai mu Wahai Kekasih. Ermmmmm :'(
Ana lukai perasaan anti..
Ana tipu anti..
Ana jahat!!!

First Time kite kenal, kita Happy sangat... Tp sekarang dah berubah... Ana selalu sepi tanpa mu Wahai Kekasih...

Setiap malam ku menunggu SMS,
Setiap malam ku menunggu Call..
Dari MU Wahai Kekasih...

Masa tu anti marah sngt pada ana.. ana terima apa yang anti cakap... Ana Redha, ana bukan yang terbaik untuk Mu Wahai Kekasih... Bila ana kowl anti slalu cakap..

Anta JGN GANGGU ana lagi...

Tapi ana tetap degil, ana lakukan pelbagai cara untuk tahu perkembangan anti...
Melalui "FB" ana buat semua tu... KERANA AKU SAYANGGGGG KAMU!!!!

Anti nk bg kat ana pic kita smula.. Pada Hari Jumaat ptg... Sblom tu ana mcm x nk p.. Selpas Solat Jumaat ana wat kputusan untuk terima pic kita tnpa pengetahuan anti... Time 2 ana minx cuti kat kilang, semata-mata.. untuk memenuhi kehendak anti... Masa ana nk k Stesen Bas Taiping.. Ana terpaksa redah hujan untuk kamu Wahai Kekasih..  Blew smpi ana kesejukkan sgt... Ana jalan2x kat Stesen Bas terserempak  anti... Dalam hati ana masa tu bersyukur sangat dapat jumpa anti... Ana sngaja buat macam tu... Dengan Harapan Anti terima semula hati ana... Tp anti semakin marah...

Tahun 2012.. 

20.7.199* ana wish bsday anti.... 10 min kmudian anti telefon ana semula...
ana happy sngt... 
Start ari tu anti terima ana sebagai kawan... Ana terima....

Kadang2x kita msj,,, sy bhagia blew kita msj... 

Pada masa yang sama... ana berasa sedih, blew tengok pic anti dengan si dia.. MMG SESUAI dengan Mu Wahai Kekasih...  Ermmmm :'(

Ana sedar dengan kekurangan ana...
Ana sedar susah untuk kembalikan hati anti pada ana..
TAPI ANA NAK ANTI TAHU YANG ANA SAYANGKAN CINTA PERTAMA ANA.. 

InsyaAllah 
Kalau kita dijodohkan x ke mana...

Ermmmmmm :'( (ada lagi untuk diluahakan... tp stakat neyh jew mampu...)

 ANA SAYANG ANTI

Isnin, 16 Julai 2012

SAbaRlAH, ciNTa

Dahulu aku terfikir bahawa 'menangis' ialah tanda diri ini lemah. Tetapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah SWT.Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis daripada segala-galanya. 'Kehilangan' itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu 'pertemuan' yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan menjauhkan ku dengan orang yang ku sayangi, kerana Allah mahu diriku dekat dengannya.

Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan ku rindu untuk bertemu denganNya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku cintai lebih daripada segala yang ada di langit dan di bumi.
Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yang 'dia' sedang menungguku dan pasti menjemputku pada suatu saat nanti. Aku yakin dengan ayat Allah SWT ini,
"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)
Walau bukan di dunia yang fana ini, insya-Allah, dengan berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna.
"Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya"
(Surah al-Furqan, ayat 75)
Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah daripada Allah SWT. Allah menguji hambaNya kerana sayang kepada hambaNya. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya. Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang dibenciNya.
Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul, kesabaran mengajar erti hidup.
Aku yakin dengan Allah SWT. Moga Allah permudahkan segala urusan. Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.
"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".
(Surah al-Mu'minun, ayat 111)
<Dahulu aku terfikir bahawa 'menangis' ialah tanda diri ini lemah. Tetapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah SWT.
Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis daripada segala-galanya. 'Kehilangan' itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu 'pertemuan' yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan menjauhkan ku dengan orang yang ku sayangi, kerana Allah mahu diriku dekat dengannya.

<