Sabtu, 16 Julai 2011

Ilmu Silat Yang Hebat

Assalamualaikum semua yang beragam islam, hari n saya nak kongsi dengan korang semua.. ILMU SILAT YANG HEBAT.... seorang remaja bertemu guru silat yang warak. Dia berkata,"Tuan guru silat, tolong ajarkan saya ilmu persilatan." "Boleh. tapi syaratnya kamu mesti taat perintahku," `"Insya-Allah saya akan taat. Bila saya boleh mula belajar?"  "Sekarang juga. kau pergi ke hadapan mihrab masjid itu. Disana ada ribuan kitab-kitab lam. "Tetapi saya berhajat belajar silat, bukannya belajar ilmu agama," bantahnya. "Bukannya telah aku katakan tadi. Mesti taat, baru boleh belajar silat," Tegas Tok  Guru. "ya, ya." Maka tinggalah remaja itu berbulan-bulan di situ. Kerjanya tidak lain selain menyemak lembaran kitab itu sehelai demi sehelai. Habis sebuah, dia beralih kepada kitab yang lain. Akhirnya, ribuan kitab telah disemaknya menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya. Selepas enam bulan, dia berasa sungguh bosan. Dia masih belum diajar walau sedikit pun ilmu silat. Sedangkan kawan-kawannya y ang belajar guru-guru lain kini telah cekap menumbuk dan menendang. Dia masih lagi terkial-kial menyemak helaian kitab-kitab saban hari. "Tok Guru, saya ingin berhenti. Tiada apa pun silat yang saya belajar di sini. Saya ingin pulng" "Tetapi Tok sudah ajarkan kamu ilmu silat." "Mengajar ilmu silat? Silat apa? Jangankan menumbuk dan menendang, melangkah pun saya tidak diajar!" "Pulanglah. Kamu akan faham apa yang Tok maksudkan." Apabila pulang ke kampung, dia berasa rendah diri berbanding dengan kawan-kawanya. Mereka semua sudah mahir bersilat. Suatu petang, sedang dia melihat kawanya bersilat di padang, tiba-tiba seorang kawannya jatuh dn kakinya tergeliat. "Aduh, aduh! kakik," jeritnya kesakitan. Spontn dia memberanikn diri untuk mengurut kaki kawanya itu. Sebaik sahaja dia mula mengurut, tekanan ibu jarinya begitu kuat sehingga kaki kwawanya melecet dengan teruk dan kaki yang tergeliat itu terus bengkok seakan-akan patah. "Aduh! Apa yang kau but pada kakiku? Sakit, sakit." Dia terkejut. Barulah dia sedar bahawa ibu jarinya punya kuasa yang kuat. Kekuatan yang menyamai penyepit besi. Rupa-rupanya itulah ilmu silat Tok Gurunya yang dipindahkan kepada ibu jarinya sewaktu dia disuruh menyemak helaian demi helaian kitab tempoh hari!

PENGAJARANNYA: Ilmu yang tinggi diajar secara hikmah, umpam akar pokok yang bergerak perlahan tetapi dapat menembusi batu dan tanah yang keras. Guru yang ikhlas mengajar dengan rendah diri dan ikhlas kerana Allah! Renung-renungkanlah, dan selamat beramal.....