Sabtu, 16 Julai 2011

Ilmu Silat Yang Hebat

Assalamualaikum semua yang beragam islam, hari n saya nak kongsi dengan korang semua.. ILMU SILAT YANG HEBAT.... seorang remaja bertemu guru silat yang warak. Dia berkata,"Tuan guru silat, tolong ajarkan saya ilmu persilatan." "Boleh. tapi syaratnya kamu mesti taat perintahku," `"Insya-Allah saya akan taat. Bila saya boleh mula belajar?"  "Sekarang juga. kau pergi ke hadapan mihrab masjid itu. Disana ada ribuan kitab-kitab lam. "Tetapi saya berhajat belajar silat, bukannya belajar ilmu agama," bantahnya. "Bukannya telah aku katakan tadi. Mesti taat, baru boleh belajar silat," Tegas Tok  Guru. "ya, ya." Maka tinggalah remaja itu berbulan-bulan di situ. Kerjanya tidak lain selain menyemak lembaran kitab itu sehelai demi sehelai. Habis sebuah, dia beralih kepada kitab yang lain. Akhirnya, ribuan kitab telah disemaknya menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya. Selepas enam bulan, dia berasa sungguh bosan. Dia masih belum diajar walau sedikit pun ilmu silat. Sedangkan kawan-kawannya y ang belajar guru-guru lain kini telah cekap menumbuk dan menendang. Dia masih lagi terkial-kial menyemak helaian kitab-kitab saban hari. "Tok Guru, saya ingin berhenti. Tiada apa pun silat yang saya belajar di sini. Saya ingin pulng" "Tetapi Tok sudah ajarkan kamu ilmu silat." "Mengajar ilmu silat? Silat apa? Jangankan menumbuk dan menendang, melangkah pun saya tidak diajar!" "Pulanglah. Kamu akan faham apa yang Tok maksudkan." Apabila pulang ke kampung, dia berasa rendah diri berbanding dengan kawan-kawanya. Mereka semua sudah mahir bersilat. Suatu petang, sedang dia melihat kawanya bersilat di padang, tiba-tiba seorang kawannya jatuh dn kakinya tergeliat. "Aduh, aduh! kakik," jeritnya kesakitan. Spontn dia memberanikn diri untuk mengurut kaki kawanya itu. Sebaik sahaja dia mula mengurut, tekanan ibu jarinya begitu kuat sehingga kaki kwawanya melecet dengan teruk dan kaki yang tergeliat itu terus bengkok seakan-akan patah. "Aduh! Apa yang kau but pada kakiku? Sakit, sakit." Dia terkejut. Barulah dia sedar bahawa ibu jarinya punya kuasa yang kuat. Kekuatan yang menyamai penyepit besi. Rupa-rupanya itulah ilmu silat Tok Gurunya yang dipindahkan kepada ibu jarinya sewaktu dia disuruh menyemak helaian demi helaian kitab tempoh hari!

PENGAJARANNYA: Ilmu yang tinggi diajar secara hikmah, umpam akar pokok yang bergerak perlahan tetapi dapat menembusi batu dan tanah yang keras. Guru yang ikhlas mengajar dengan rendah diri dan ikhlas kerana Allah! Renung-renungkanlah, dan selamat beramal.....

Isnin, 16 Mei 2011

SebuaH KenANgAN 2010 ....

 assalamualaikum ya sahabat2 sume....
entry pada kali ni adalah "SEBUAH KENANGAN"

Di sebuah madrasah, di Bagan Serai.. telah ditemukan mujahid dan mujahidah. Si mujahid ini jatuh hati pada mujahidah, sewaktu di kantin melihat seorang kaum hawa berpakaian sungguh sopan dan memikat hati mujahid ini. Lantas mujahid ini berusaha mencari namanya dan kelas ap???

Akhirnya mujahid dapat tahu nama mujahidah itu. sungguh gembira mujahid itu. Lalu mujahid menghantar sepucuk surat yang di letakan di bawah meja mujahidah itu. punya susah mujahid msok ke kelas tersebut semata-mata nk letak surat itu. Dengan menggunakan nama hamba Allah. Selepas itu si mujahid mendapat sepucuk surat daripada mujahidah melalui orang ketiga.... Di dalam surat itu, si mujahidah menulis seperti ini:
waalaikumusalam,
          Hamba Allah s.w.t. yang diberkati, diredhai,... ana tidak mengetahui anda siapa, jika anda ingin berkawan dengan ana, bukan kah lebih ikhlas jika memberi sendiri warkah(surat ini), maaf terkasar bahasa..... memberi/berikan 4 sebab apa anda nak berkawan dengan saya. Jika anda bertemu/bertembung dengan ana (bagi salam atau senyum) saya boleh mengecam anda... owkey... 
sudah memadai saya, anda bagi nama penuh:
kelas:
sentiasa berkawan/berteman dengan siapa:
sampai sini jerr warkah saya..... wa illal liQa 
 sentiasa mengingati Allah s.w.t.
    jiwa tenang owkey...
- Janganlah kita lalai dalam hidup,
- Solat jangan lupa.....
Inilah surat pertama mujahidah kepada mujahid... mujahid ini sungguh gembira membaca surat ini.... Kemudian si mujahid membalas semula surat tersebut, si mujahid menulis surat tersebut jauh dari rakan-rakanya supaya tak kantoi... hahaha,,,,,Si mujahid menberi 4 sebab kenpa mahu berkawan denganmujahidah tersebut, 1: si mujahidah pandai berbahasa arab, 2: si mujahidah lemah lembut, 3: si mujahidah sopan santun, 4: si mujahidah berpakaian tutup aurat......... Dan mujahid meminta nom telefon mujahidah tersebut... Selang beberapa hari surat kedua aku di balas lagi, hehehe si mujahidah berkata: 
waalaikumusalam,
Saya tak de r sampai mulia niey, okey, dan bukan diredhai sangat, not perfect sangat, belajar bahasa arab?? emmm..... nak kata pandai x de r pandai sangat huhuhuh, berpakaian sopan,santun,tutup aurat itu dah tertulis di dalam Al-Quran, hadis, nak kata lembut x da r sangat, emm kalo awk nak kawan ngan saya x ikhlas terus terang saya cakap jangan kawan, dan saya ni x da r cantik sangat, saya pelik kenapa lah awak tak cari yang lebih comel dan csntik. pelik sungguh, ohh, maaf r saya tak guna hf, email facebook ada r..............
Dulu perangai saya teruk sekarang dh ok r sikit, dulu otai r gak, skang okey..... 


Si mujahidah meninggalkan email dan nom telefon, tapi bukan nom sebenar mujahidah tetapi nom adknya yang keempat.... Selepas itu, mujahid dan mujahidah berkenalan melalui SMS, minggu balik kmpung tiba, tetapi mujahid tersebut tidak pulang kerana ada perlawanan bola sepak Kejohanan Antara Teknik (KAT) bagi zon Perak.. Pada perlawanan pertama itu, di sebelah petang bertemu dengan SMTT team SMTK menang 2 berbalas 0..... Malam itu, si mujahid SMS dengan mujahidah, tetapi tak lama, lalu mujahidah tersebut telefon mujahid kerana mujahidah tersebut sibok membantu ibunya di kedai makan..... Alangkah bahagianya........ waktu itu perasaan si mujahid,, si mujahid dan mujahidah menjadi kawan....... Setelah berkenal hmpir sebulan,surat masih menjadi perhubungan antara mereka di Madrasah.... sehingga ada satu surat dari mujahidah yang membuatkan  mujahid tiba-tiba berasa sedih..... iaitu:
Assalamualaikum....
Salam ukhwah... Apa khbar? Harap-harap sihat, dan dirahmati Allah s.w.t. tujuan (nama penulis/mujahidah) menulis  warkah kerana ingin memberitahu kepada (nama penerima/mujahid) yang permohonan (nama penulis/mujahidah) pindah tu dah diluluskan, (nama penulis/mujahidah) akan pergi pada 1/6/2010 maaf sebab tinggalkan (nama penerima/mujahid),,, hermm.... jangan sedih2x owke, dan jawab SPM... molek2x, jangan memain, jawab tu sungguh-sungguh..... sebelum peperiksaan baca doa.. ok!! Hope Happy di  samping keluarga, kalau ada pape contact k...... 
Selepas si mujahid bace, air mata mujahid mengalir, betapa sedihnya malam itu, sehingga sahabat mujahid bertanya, tetapi mujahid buat x tahu jew..... itulah kali pertama air mata aku mengalir kerana seorang perempuan yang bukan muhrim........ si  mujahid membuka kembali surat tersebut,,, dan membacanya...
Sebernya lawak je, x pindah pon.
jangan marah (nanti cepat.....) sambung la sendiri.........
keputusan permohonan keluar semalam, Tel mak, pastu mak bagitau x diluluskan,,, so sekarang stay kat sini... huhuhuhu


"KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH SEMENTARA"....

Jumaat, 29 April 2011

WaNiTa yaNg IndaH

 assalamualaikum sume..sobahulkhair?..
alhamdulillah,,sume sehat.. =)
entry pada hari ni adalah mngenai
WANITA...

Aduhai wanita... sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.



Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.

Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongkah batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.


Wanita ku... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul bederu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong.

Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.



Bulatnya iman dan taqwa Sumaiyah ketika dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu. Peganglah kata kata ini, "Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".

Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih Khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.

Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu.Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia.

TenTang DiRi kiTa

assalam all blogger....
hope all of u have a nice day,,yah!!


okayh,,,for this post i just want to tell u 
about ourself....


translate in MALAY lah...
much better to understand...hehe:)

diri kita ini diibaratkan sebagai sebatang POHON...
kenapa saya ckp camtoo???..
sebabnyer.......
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
okayh,,
saya nk tanye la...
STRAWBERRY rasenye ape??
haha...manis kan??
for sure la manis kalo POHON nye itu
dijaga dengan BAIK sekali....






tapi kan,,,kalo POHON nye x dijage ngn baik ,,,
ape akn terjadi kepada STRAWBERRY tue??
confirm buah tue jadi rosak n burok kan??..


hemmm,,,da dapat agk kenapa diri kita diibaratkan 
sebagai sbtg POHON??


yela kan,,kalo diri kita ini dijaga dengan BAIK sekali...
iaitu membaja diri kita dengn amaln2 baik yg dituntut dlm ISLAM
serta meniggalkan segala KEMUNGKARAN & KEMAKSIATAN.....


seperti menjaga POHON STRAWBERRY nie,,,
pasti kita akn menjadi seorang 




muslim yg SOLEH
&
muslimah yg SOLEHAH


insyaAllah....


ha!!..lagi satu...
kalo STRAWBERRY tu da rosak...
mesti kite buang buah yg rosak tu je kan...
sebab..
x semestinya...akar dye pun rosak gak kan???
so,,,masih boleh dipulihara lagi...
utk mndaptkan buah STRWABERRY yg lebih baik lagi..
bet0l x??


mcm tu gak ngn diri kita nie....
kalo kita da buat sesutau yg jahat di dunia nie,,...
yg perlu kite buang ialah PERBUATN JAHAT itu saje...
bukan mncampakkn teros diri kita ke lembah KEMAKSIATAN tersebut.....


sebabnyer,,kite masih punye HATI,,,
dan HATI kita masih ade IMAN...
oleh itu,,,kita boleh perbaiki diri kita dengn menggalkan 
perbuatn jahat tersebut,...
dan kembali ke pangkal jaln...


JALAN YG LURUS...
JALAN YG ALLAH REDHAI....


bukan pula,,,,,,


JALAN MEREKA YG SESAT....

PerTeMuaN,, peRpiSaHAn dan diPeRteMukaN seMuLa antARa "MUJAHID & MUJAHIDAH"...

Pertemuan seorang mujahid dan mujahidah bermula dari laman 
sosial yg FAMOUS masa kini iaitu 'FACEBOOK'...
Sudah dua kali si mujahid itu menghulurkan salam perkenalannya....
Pada asalnya,,si mujahidah ini tidak mahu membalasnya...
kerana dia tidak suka untuk berkenaln lebih rapat dgn mana2 
kaum adam ,,kerna dia tahu kaum adam hanya akn memuaskan nafsu mereka
terhadap kaum hawa...

Dengan izin Allah,,,si mujahidah itu menyambut salam perkenlan tersebut
dengan sambil lewa sahaja..sehinggalah timbul satu soalan dripada mujahidah...
"anta sudah isi borang UPU?".."ape tu?xtawu plak..blom asenye",balas mujahid ..
betapa terkesimanya mujahidah tersebut mengetahui hal itu....

perkenalan tersebut diteruskan lagi untuk membantu mujhaid tersebut..
tambahan lagi mujahid tersbut dtg dari keluarga yg kurang berkemampuan..serta tidak
tahu menahu hal tersebut...mujahidah ini suka menolong orng dan tidak sanggup
membiarkan orag2 di sekelilingnya dalam kesusahan....
mereka tidak pernah berjumpa,,sekadar berhubung melalui handphone sahaja...
mereka juga saling ingat mengingati antara satu sama lain mengenai hal2 yang berkaitan dengan agama...
pernah itanya oleh mujahid kepada mujahidah,,"rukun islam ada berapa?rukun iman ada berapa?
sebutkannya mengikut urutan,anti.?",,,

soalan yg sgt senang..tpi mujahidah tersebut
gagal menyebutnya mengikut urutan yg btul...mujahidah mersakan dirinya hina dan tidak mengambil berat
akan hali itu...mujahidah tersebut kagum dgn sifat mujahid tersebut....

walaupun mujahid berasal dari sekolah biasa,,tapi pengetahuannya dan keinginannya utk 
mendalami agama serta bahasa syurga sangat tinggi...sungguh malu mujahidah yg dirinya 
sendiri bersekolah  di sekolah agama....

Si mujahid pernah meberitahu mujahidah,,"ana ade gf tpi da jadi ex,,mule minat dia dari
melihat belakangnya saja"...

mujahidah tercengang dan teros melemparkan kate2 yg kurang sopan...
"eee,,,gatal gile ko nie!!..ade ke patot tengok blakang gurl??"... 

"bukan itu yg ana maksudkan,,,
ana tertarik padanya kerana memaki tudung labuh serta pakaian yg longgar dan menutup aurat"...
jelas mujahid tersebut...barulah mujahidah tersebut faham akn maksudnye tadi..

mujahid itu beratanye lagi kepada mujahidah...."pakaian anti di luar bagaimana?ketat atau longgar?pakai sarung lengan atau tidak?"satu lagi persoalan yg dahsyat diterima oleh mujahidah tersebut..."alhamdulillah pakaian ana longgar,,sarung lengan pula kadang2 sahaja"

mujahid membalas,,"nanti anti istiqamahlah memakai sarung lengan untuk mnutup aurat anti serta cubalah untuk memakai tudung labuh..ana yakin anti boleh,,tentu anti akn nmpak lebih cantik"
"insyaAllah,,ana akn cuba",jawab mujahidah ringkas serta muhasabah dirinya kembali..

Boleh dikatakan hampir stiap hari mereka berSMS...si mujahidah terus memberi kate2 semangat
kepda mujahid yg seakan akan hilang arah tujuan dek ditinggalkan oleh gf nya dulu....
sudah hampir 2 tahun perkenalan mujahid dan gf nya itu...susah bagi mujahid itu untuk melupakannya..
jadi,,mujahidah lah tempatnya mengadu kesedihan,,,dan mujahidah tidak henti2
memberitahunya,,,"janganlah bersedih,,kuatkan semangat,Allah sentiasa akn membantu hambanya dan
ada hikmah di sebalik semua ini"..
Mujahid tersebut juga mempunyai masalah wang...dia putus asa kerana mungkin tidak 
dapt menyambung pelajarannya di IPTA serta mana2 kolej...
mujahidah tersebut terus memberikan sokongan kepadanya..

."tidak semestinya seseorang itu masuk 
U akan berjaya dlm hidupnya,,dan tidak semestinya seseorg yg tidak masuk U akn terus mundur,
yang paling penting sekarang nie,,ialah diri anta...anta harus beruasaha keras untuk 
majukan diri,,Allah tidak suka org yg cepat putus asa"...kata mujahidah tersebut....

perkenalan mereka terus berlanjutan hampir 3 bulan..mujahidah tersebut berasa tidak sedap aty
dia takut perkenalan mereka itu menjauhkan Si mujahid daripada Allah....dia takut akn 
menyebabkan mujahid tersebut lalai..

pada mulanye ,,dia tidak tahu bgaimana untuk memutuskan 
hubungan ini...dia tidak tahu bgaimana ingin beritahu kepada mujahid tersebut,,,kerana dia 
pasti mujahid tersebut akn bertambah sedih dan mungkin akn kembali lemah semangat...

Mujahidah merasakan dia harus memberitahukan hal ini kepada mujahid tersebut secepat mungkin,,
demi mengelakkan drinya dan mujahid tersebut mendekati ZINA HATI...
dan,,,sehinggalah pada suatu hari,,,Allah yg Maha Mengetahui segalanya,,,,meminjamkan sedikit 
kekuatanNYA kepda  mujahidah tersebut untuk menceritakan hal yg sebenarnya...
inilah perbualan mereka di FACEBOOK..

mujahidah: anta ,,ana ade lagi nk bgtawu anta,,tpi sebelum tue ana mintak maaf  sgt3..

mujahid: bgtwu je lah..
mujahidah: anta mesti xbole nk terimanya..

mujahid: bgtawu je anti,,
mujahidah: ana rase kta harus berpisah..kita harus jaga diri masing2 untuk mengahrungi hidup  dalam redha ilahi..ana syg anta kerana Allah,,,jadi ana xnak anta jauh dari Allah dan lupakanNYA kerana ana...

mujahid:  anti,,ana xpenah rase jauh dari Allah bile bsahabat dgn anti malah bertambah dekat dgn Allah...urm,,ana kene hormat keputusan anti...terima kasih anti atas segalanya..(offline)

tidak sempat mujahidah untuk menghabiskan kate2 nye...si mujahid tersebut terus offline kerna 
terlalu sedih dgn keputusan yg dibuat oleh mujahidah tersebut...

tanpa disedari,,,mata mujahidah bergenang dgan air mata dan mengalir membasahi pipi....rasa sebak di hatinya....dia tidak sanggup melihat mujahid tersebut sedih dan hilang semangat buat kali kedua dlm hidupnya....

mujahidah tersebut terus memohon maaf dari mujahid tersebut ats kputusan yg dibuat....mujahidah juga sangat berterima kasih dan bersyukur kepada ALLAH kerana meminjamkan kekuatanNYA
untuk memberitahu hal tersebut...

Mujahidah juga tidak berhenti berdoa kapda ALLAH dengan hatinya yg tulus,,supaya
ALLAH sentiasa berada di sampingnya,,menguatkan semangatnya kembali,,dan mudah- mudahan
mujahid tersebut bertambh lebih kuat dan lebih matang mengaharungi kehidupannya ...

Allah Maha Penyayang,,,Dia tidak meninggalkan hambanya keseorangn
Allah pertemukan mujahid dengan mujahidah tersebut,,,supaya mujahidah tersebut dapat membantu mujahid tersebut....dan juga mujahid tersebut dapat memberi tazkirah dan nasihat kepada mujahidah tersebut....

Dan petemuan ini berhenti setakat ini buat seketika kerana ALLAH tahu apa yg akan berlaku seterusnya ...ade hikmah di sebalik semua ini...
__________________________________________________________________
masya-Allah!..ternyata persahabatn mereka tidak terhenti di situ,,,Allah
Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya,,,rupa-rupanya,
perpisahan mereka itu ternyata tidak boleh berhenti di situ sahaja...
Allah Maha Penyayang...


Perpisahan mereka itu membuatkan mujahid merasakan dirinya dipermainkan oleh kaum hawa..Mujahid tersebut berasa sangat kecewa...Sebelumnya,,
semangat mujahid semakin meningkat dengan kehadiran mujahidah 
 tersebut dalam hidupnya,,selepas perpisahan itu,,mujahid berasa tidak kuat lagi dan matanya sentiasa berkaca mengenangkan perpisahan yg terjadi itu..

"anti,ana xboleh..",satu mesej masuk di hanfon mujahidah tersebut...mujahidah tersebut terus memberi kate2 semangat kepada mujahid 
tersebut.."anta,,ana yakin anta kuat hadapinya..
selalulah ingat pada Allah..berdoalah supaya anta tabah hadapinya".


"ana selalu ingat Allah,anti..anti xfaham perasaan ana..bagaimana perasaannya ditinggalkan orang yang ana sayang  kerana Allah.."balas mujahid itu lagi..."anta,,jangan bersedih,ade lagi yg TERBAIK utk jadi pendamping anta kelak..."


"xpe lah anti,,mata pon dah merah,hati ni dah luka..bukan senang nak ubat..kaum hawa suka mainkan perasaan kaum adam..padahal ana dah cinta ALLAH, NABI, DAKWAH..Tapi hawa yg ana sayang kerana Allah mainkan ana..."luah mujahid tersebut....mujahidah tersebut terkesima kerana telah dianggap memainkan perasaan nya...mujahidah tersebut terus meminta maaf dan membalas mesej itu,,,"anta,,ana minta maaf, sjujurnya tidak pernah terlintas di fikiran ana untuk memainkan anta..ana cuma tidak mahu kita lalai dalm persahabatn ni.."


"niat anti memang baik,,tapi ana xpenah lalai,malah ana bertambah baik bersahabat dgan anti,,tpi sekrang,,ana jadi tak tentu arah,dah xjadi imam kt surau.."kate2 mujahid tersebut membuatkan mujahidah mersakan drinya kejam..tanpa disedari,,air matanya mengalir pilu dan sebak dirasakan di hatinya...mujahidah beristighfar beberapa kali menenangkan hatinya yg gundah...gara2 dirinya,,si mujahid tidak menjalankan tugas yg mulia itu...semalaman mujahidah menagis,,"Ya Allah,,adakah salah tindakanku itu..Aku mencintaiMu Ya Allah..bantunilah Aku Ya Allah..Kuatkan dan tabahkan lah hatiku Ya Allah..begitu juga Engkau tabahkanlah mujahid tersebut Ya Allah...andai persahabatn kami ini memberikan kesan yg baik dalm agamamu,hubungkanlah kami semula Ya Allah..dan Engkau jadilah perantaraan di antara kami....semoga tiada sebarang kekhilafan yg berlaku...perkenankanlah doa hambamu yg hina ini...amin ya robbal alamin.."begitulah doa si mujahidah yg rasa bersalah terhadap Allah..


Allah Maha Mengetahui segala-salanya,,,dengan izin Allah,persahabatn mereka diteruskan kembali berlandaskan Cinta Allah dan Rasul yg mendalam di dalam jiwa kedua-dua hamba ini...Hati dan jiwa mereka kembali tenang...Alhamdulillah..


..tamat.. 

Rabu, 27 April 2011

AkHirNya ^_~

alhamdulillah,,,akhirnya hasratku tercapai jua ingin
membuat blog sendiri ^^

Blog ini akn ku manfaatkan sebaik mungkin....=)

insyaALLAH...