Khamis, 30 Ogos 2012

kU mEriNdUi Mu


Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdullilah hari ini ana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Inginku luahkan sesuatu.
Pinta yang ditaip dari hati ku yang semakin merinduimu... 
 Yang begitu merinduimu, 
 Wahai sang kekasih yang telah pergi dari ku...

Engkau yang sangat cantik, pemurah, baik hati & bersopan santun pada pandanganku itu,
Telah pun semakin samar-samar di dalam pandangan.

Ku masih ingat betapa sayunya hati kecilku ini untuk melepaskan kau pergi.

setiap malam aku selalu menangis mengingatkan mu Wahai Kekasih.. 
Kadang kala aku terpikir, betapa bodohnya diriku tak hargai mu Wahai Kekasih. Ermmmmm :'(
Ana lukai perasaan anti..
Ana tipu anti..
Ana jahat!!!


First Time kite kenal, kita Happy sangat... Tp sekarang dah berubah... Ana selalu sepi tanpa mu Wahai Kekasih...

Setiap malam ku menunggu SMS,
Setiap malam ku menunggu Call..
Dari MU Wahai Kekasih...

Masa tu anti marah sngt pada ana.. ana terima apa yang anti cakap... Ana Redha, ana bukan yang terbaik untuk Mu Wahai Kekasih... Bila ana kowl anti slalu cakap..

Anta JGN GANGGU ana lagi...

Tapi ana tetap degil, ana lakukan pelbagai cara untuk tahu perkembangan anti...
Melalui "FB" ana buat semua tu... KERANA AKU SAYANGGGGG KAMU!!!!

Anti nk bg kat ana pic kita smula.. Pada Hari Jumaat ptg... Sblom tu ana mcm x nk p.. Selpas Solat Jumaat ana wat kputusan untuk terima pic kita tnpa pengetahuan anti... Time 2 ana minx cuti kat kilang, semata-mata.. untuk memenuhi kehendak anti... Masa ana nk k Stesen Bas Taiping.. Ana terpaksa redah hujan untuk kamu Wahai Kekasih..  Blew smpi ana kesejukkan sgt... Ana jalan2x kat Stesen Bas terserempak  anti... Dalam hati ana masa tu bersyukur sangat dapat jumpa anti... Ana sngaja buat macam tu... Dengan Harapan Anti terima semula hati ana... Tp anti semakin marah...

Tahun 2012.. 

20.7.199* ana wish bsday anti.... 10 min kmudian anti telefon ana semula...
ana happy sngt... 
Start ari tu anti terima ana sebagai kawan... Ana terima....

Kadang2x kita msj,,, sy bhagia blew kita msj... 

Pada masa yang sama... ana berasa sedih, blew tengok pic anti dengan si dia.. MMG SESUAI dengan Mu Wahai Kekasih...  Ermmmm :'(

Ana sedar dengan kekurangan ana...
Ana sedar susah untuk kembalikan hati anti pada ana..
TAPI ANA NAK ANTI TAHU YANG ANA SAYANGKAN CINTA PERTAMA ANA.. 

InsyaAllah 
Kalau kita dijodohkan x ke mana...

Ermmmmmm :'( (ada lagi untuk diluahakan... tp stakat neyh jew mampu...)


 ANA SAYANG ANTI
























Isnin, 16 Julai 2012

SAbaRlAH, ciNTa

Dahulu aku terfikir bahawa 'menangis' ialah tanda diri ini lemah. Tetapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah SWT.Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis daripada segala-galanya. 'Kehilangan' itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu 'pertemuan' yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan menjauhkan ku dengan orang yang ku sayangi, kerana Allah mahu diriku dekat dengannya.

Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan ku rindu untuk bertemu denganNya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku cintai lebih daripada segala yang ada di langit dan di bumi.
Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yang 'dia' sedang menungguku dan pasti menjemputku pada suatu saat nanti. Aku yakin dengan ayat Allah SWT ini,
"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)
Walau bukan di dunia yang fana ini, insya-Allah, dengan berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna.
"Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya"
(Surah al-Furqan, ayat 75)
Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah daripada Allah SWT. Allah menguji hambaNya kerana sayang kepada hambaNya. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya. Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang dibenciNya.
Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul, kesabaran mengajar erti hidup.
Aku yakin dengan Allah SWT. Moga Allah permudahkan segala urusan. Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.
"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".
(Surah al-Mu'minun, ayat 111)
<Dahulu aku terfikir bahawa 'menangis' ialah tanda diri ini lemah. Tetapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah SWT.
Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis daripada segala-galanya. 'Kehilangan' itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu 'pertemuan' yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan menjauhkan ku dengan orang yang ku sayangi, kerana Allah mahu diriku dekat dengannya.
Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan ku rindu untuk bertemu denganNya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku cintai lebih daripada segala yang ada di langit dan di bumi.
Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yang 'dia' sedang menungguku dan pasti menjemputku pada suatu saat nanti. Aku yakin dengan ayat Allah SWT ini,
"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)
Walau bukan di dunia yang fana ini, insya-Allah, dengan berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna.
"Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya"
(Surah al-Furqan, ayat 75)


Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah daripada Allah SWT. Allah menguji hambaNya kerana sayang kepada hambaNya. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya. Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang dibenciNya.




Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul, kesabaran mengajar erti hidup.




Aku yakin dengan Allah SWT. Moga Allah permudahkan segala urusan. Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.
"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".
(Surah al-Mu'minun, ayat 111)
<

Sabtu, 16 Julai 2011

Ilmu Silat Yang Hebat

Assalamualaikum semua yang beragam islam, hari n saya nak kongsi dengan korang semua.. ILMU SILAT YANG HEBAT.... seorang remaja bertemu guru silat yang warak. Dia berkata,"Tuan guru silat, tolong ajarkan saya ilmu persilatan." "Boleh. tapi syaratnya kamu mesti taat perintahku," `"Insya-Allah saya akan taat. Bila saya boleh mula belajar?"  "Sekarang juga. kau pergi ke hadapan mihrab masjid itu. Disana ada ribuan kitab-kitab lam. "Tetapi saya berhajat belajar silat, bukannya belajar ilmu agama," bantahnya. "Bukannya telah aku katakan tadi. Mesti taat, baru boleh belajar silat," Tegas Tok  Guru. "ya, ya." Maka tinggalah remaja itu berbulan-bulan di situ. Kerjanya tidak lain selain menyemak lembaran kitab itu sehelai demi sehelai. Habis sebuah, dia beralih kepada kitab yang lain. Akhirnya, ribuan kitab telah disemaknya menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya. Selepas enam bulan, dia berasa sungguh bosan. Dia masih belum diajar walau sedikit pun ilmu silat. Sedangkan kawan-kawannya y ang belajar guru-guru lain kini telah cekap menumbuk dan menendang. Dia masih lagi terkial-kial menyemak helaian kitab-kitab saban hari. "Tok Guru, saya ingin berhenti. Tiada apa pun silat yang saya belajar di sini. Saya ingin pulng" "Tetapi Tok sudah ajarkan kamu ilmu silat." "Mengajar ilmu silat? Silat apa? Jangankan menumbuk dan menendang, melangkah pun saya tidak diajar!" "Pulanglah. Kamu akan faham apa yang Tok maksudkan." Apabila pulang ke kampung, dia berasa rendah diri berbanding dengan kawan-kawanya. Mereka semua sudah mahir bersilat. Suatu petang, sedang dia melihat kawanya bersilat di padang, tiba-tiba seorang kawannya jatuh dn kakinya tergeliat. "Aduh, aduh! kakik," jeritnya kesakitan. Spontn dia memberanikn diri untuk mengurut kaki kawanya itu. Sebaik sahaja dia mula mengurut, tekanan ibu jarinya begitu kuat sehingga kaki kwawanya melecet dengan teruk dan kaki yang tergeliat itu terus bengkok seakan-akan patah. "Aduh! Apa yang kau but pada kakiku? Sakit, sakit." Dia terkejut. Barulah dia sedar bahawa ibu jarinya punya kuasa yang kuat. Kekuatan yang menyamai penyepit besi. Rupa-rupanya itulah ilmu silat Tok Gurunya yang dipindahkan kepada ibu jarinya sewaktu dia disuruh menyemak helaian demi helaian kitab tempoh hari!

PENGAJARANNYA: Ilmu yang tinggi diajar secara hikmah, umpam akar pokok yang bergerak perlahan tetapi dapat menembusi batu dan tanah yang keras. Guru yang ikhlas mengajar dengan rendah diri dan ikhlas kerana Allah! Renung-renungkanlah, dan selamat beramal.....

Isnin, 16 Mei 2011

SebuaH KenANgAN 2010 ....

 assalamualaikum ya sahabat2 sume....
entry pada kali ni adalah "SEBUAH KENANGAN"

Di sebuah madrasah, di Bagan Serai.. telah ditemukan mujahid dan mujahidah. Si mujahid ini jatuh hati pada mujahidah, sewaktu di kantin melihat seorang kaum hawa berpakaian sungguh sopan dan memikat hati mujahid ini. Lantas mujahid ini berusaha mencari namanya dan kelas ap???

Akhirnya mujahid dapat tahu nama mujahidah itu. sungguh gembira mujahid itu. Lalu mujahid menghantar sepucuk surat yang di letakan di bawah meja mujahidah itu. punya susah mujahid msok ke kelas tersebut semata-mata nk letak surat itu. Dengan menggunakan nama hamba Allah. Selepas itu si mujahid mendapat sepucuk surat daripada mujahidah melalui orang ketiga.... Di dalam surat itu, si mujahidah menulis seperti ini:
waalaikumusalam,
          Hamba Allah s.w.t. yang diberkati, diredhai,... ana tidak mengetahui anda siapa, jika anda ingin berkawan dengan ana, bukan kah lebih ikhlas jika memberi sendiri warkah(surat ini), maaf terkasar bahasa..... memberi/berikan 4 sebab apa anda nak berkawan dengan saya. Jika anda bertemu/bertembung dengan ana (bagi salam atau senyum) saya boleh mengecam anda... owkey... 
sudah memadai saya, anda bagi nama penuh:
kelas:
sentiasa berkawan/berteman dengan siapa:
sampai sini jerr warkah saya..... wa illal liQa 
 sentiasa mengingati Allah s.w.t.
    jiwa tenang owkey...
- Janganlah kita lalai dalam hidup,
- Solat jangan lupa.....
Inilah surat pertama mujahidah kepada mujahid... mujahid ini sungguh gembira membaca surat ini.... Kemudian si mujahid membalas semula surat tersebut, si mujahid menulis surat tersebut jauh dari rakan-rakanya supaya tak kantoi... hahaha,,,,,Si mujahid menberi 4 sebab kenpa mahu berkawan denganmujahidah tersebut, 1: si mujahidah pandai berbahasa arab, 2: si mujahidah lemah lembut, 3: si mujahidah sopan santun, 4: si mujahidah berpakaian tutup aurat......... Dan mujahid meminta nom telefon mujahidah tersebut... Selang beberapa hari surat kedua aku di balas lagi, hehehe si mujahidah berkata: 
waalaikumusalam,
Saya tak de r sampai mulia niey, okey, dan bukan diredhai sangat, not perfect sangat, belajar bahasa arab?? emmm..... nak kata pandai x de r pandai sangat huhuhuh, berpakaian sopan,santun,tutup aurat itu dah tertulis di dalam Al-Quran, hadis, nak kata lembut x da r sangat, emm kalo awk nak kawan ngan saya x ikhlas terus terang saya cakap jangan kawan, dan saya ni x da r cantik sangat, saya pelik kenapa lah awak tak cari yang lebih comel dan csntik. pelik sungguh, ohh, maaf r saya tak guna hf, email facebook ada r..............
Dulu perangai saya teruk sekarang dh ok r sikit, dulu otai r gak, skang okey..... 


Si mujahidah meninggalkan email dan nom telefon, tapi bukan nom sebenar mujahidah tetapi nom adknya yang keempat.... Selepas itu, mujahid dan mujahidah berkenalan melalui SMS, minggu balik kmpung tiba, tetapi mujahid tersebut tidak pulang kerana ada perlawanan bola sepak Kejohanan Antara Teknik (KAT) bagi zon Perak.. Pada perlawanan pertama itu, di sebelah petang bertemu dengan SMTT team SMTK menang 2 berbalas 0..... Malam itu, si mujahid SMS dengan mujahidah, tetapi tak lama, lalu mujahidah tersebut telefon mujahid kerana mujahidah tersebut sibok membantu ibunya di kedai makan..... Alangkah bahagianya........ waktu itu perasaan si mujahid,, si mujahid dan mujahidah menjadi kawan....... Setelah berkenal hmpir sebulan,surat masih menjadi perhubungan antara mereka di Madrasah.... sehingga ada satu surat dari mujahidah yang membuatkan  mujahid tiba-tiba berasa sedih..... iaitu:
Assalamualaikum....
Salam ukhwah... Apa khbar? Harap-harap sihat, dan dirahmati Allah s.w.t. tujuan (nama penulis/mujahidah) menulis  warkah kerana ingin memberitahu kepada (nama penerima/mujahid) yang permohonan (nama penulis/mujahidah) pindah tu dah diluluskan, (nama penulis/mujahidah) akan pergi pada 1/6/2010 maaf sebab tinggalkan (nama penerima/mujahid),,, hermm.... jangan sedih2x owke, dan jawab SPM... molek2x, jangan memain, jawab tu sungguh-sungguh..... sebelum peperiksaan baca doa.. ok!! Hope Happy di  samping keluarga, kalau ada pape contact k...... 
Selepas si mujahid bace, air mata mujahid mengalir, betapa sedihnya malam itu, sehingga sahabat mujahid bertanya, tetapi mujahid buat x tahu jew..... itulah kali pertama air mata aku mengalir kerana seorang perempuan yang bukan muhrim........ si  mujahid membuka kembali surat tersebut,,, dan membacanya...
Sebernya lawak je, x pindah pon.
jangan marah (nanti cepat.....) sambung la sendiri.........
keputusan permohonan keluar semalam, Tel mak, pastu mak bagitau x diluluskan,,, so sekarang stay kat sini... huhuhuhu


"KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH SEMENTARA"....

Jumaat, 29 April 2011

WaNiTa yaNg IndaH

 assalamualaikum sume..sobahulkhair?..
alhamdulillah,,sume sehat.. =)
entry pada hari ni adalah mngenai
WANITA...

Aduhai wanita... sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.



Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.

Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongkah batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.


Wanita ku... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul bederu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong.

Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.



Bulatnya iman dan taqwa Sumaiyah ketika dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu. Peganglah kata kata ini, "Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".

Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih Khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.

Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu.Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia.